Jika kita pernah tersalah langkah, maka wajib kita berundur dan mula dengan langkah baru iaitu pada destinasi berbeza. Apa yang kita pilih hari ini, adalah penentu untuk kita pada masa hadapan. Jangan leka dan bangga apabila nikmat menguasai kita. Boleh jadi suatu hari kelak, nikmat itu akan ditarik perlahan-lahan. Jangan bangga dengan dosa, kerana dosa itulah yang menggelapkan hati. Jangan malu untuk menjadi lebih baik, kerana hati kita sentiasa boleh dibersihkan selagi masih bernyawa. Jangan dinilai seseorang pada pakaian, kerana ia bolehenyembunyi apa yang tersirat. Jangan dinilai pada amalan yang nyata, pandanglah pada akhlaknya. Akhlak yang baik akan memancarkan sinaran kebaikan dan kemuliaan yang tiada terbanding.