Welcome to my blog..Feel free to drop ur comments and please don't forget to be my follower..ok ^__^ thank you so much!!

Monday, 5 December 2011

Bercerita Tentang Si Kupu-Kupu



Cinta ibarat si kupu-kupu. Semakin dikejar dan ingin dimiliki, semakin ia terbang menjauhkan diri. Hingga satu ketika, apabila si kupu-kupu terbang menghampiri sesuatu, dia akan terus hinggap di situ dan kaku. Kadang-kadang kita sendiri pun hairan, macam mana la si kupu-kupu ni boleh bertahan hinggap di satu sudut sampai berhari-hari tanpa makan dan minum? Kita yang musykil ni pun ambillah sesuatu untuk usik si kupu-kupu tadi. Bila diusik,si kupu-kupu tu masih tidak berganjak. Eh, kupu-kupu ni masih hidup lagi atau tidak? Lepas tu, kita biarkan dia lagi. Mungkin dia tengah tidur, kan dia penat terbang ke sana dan ke mari. Bagi chance la dia berehat kejap. Hari bersilih ganti, hari ni sudah genap 4hari si kupu-kupu tu masih hinggap di tempat yang sama. Tapi, hari ni kupu-kupu tu sudah dapat kawan baru. Waa... si kupu-kupu berteman dengan angkatan semut ya..Kelihatan sekumpulan semut-semut hitam sedang mengelilingi si kupu-kupu tadi. Eh.. nampaknya si kupu-kupu mula bergerak. Tapi, nampaknya angkatan semut tu sedang mengangkut tubuh si kupu-kupu tadi ke arah sudut dinding yang berbeza dalam satu laluan secara beramai-ramai. Sampai di sudut dinding lama yang terselak, hilanglah bayangan kupu-kupu tadi bersama angkatan semut yang mengangkatnya itu. Alamak..kenapa ya si kupu-kupu tu?

Sebenarnya si kupu-kupu itu adalah sahabat karib kepada sang ratu semut. Si kupu-kupu pernah bercerita kepada sang ratu semut bahawa dia sedang mencari cinta. Sang ratu semut berkata bahawa serangga yang cantik seperti si kupu-kupu sebenarnya cukup mudah untuk bertemu dengan cintanya. Apa lagi jika si kupu-kupu mula menebarkan sayap anggunnya itu menari-nari dengan bebas di luar sana, bukan sahaja serangga lain, bahkan manusia juga bisa tertawan kepadanya. Si kupu-kupu pun menjawab dengan senyuman,
"Benar aku cantik tapi tidak bermakna aku pasti menemui cinta semudah itu. Paras yang cantik bukan penentu cinta yang sejati. Mungkin ramai yang tertawan, tetapi hanya pada parasku, bukan pada hati mereka untuk memiliki cintaku. Maka, aku akan terus terbang dan tidak akan berhenti menghinggapi apa-apa pun sehinggalah aku letih mencari cinta. Aku tidak mudah didekati walau apa pun cuba menghampiri dan menangkapku. Mereka harus tahu bahawa aku sendiri pasti datang menghampiri meraka jika cinta yang aku mahu ada di situ."

Akhirnya, si kupu-kupu itu telah menemui cinta yang dicari. Si kupu-kupu itu terbang mengejar cintanya hingga terbang menyusup ke sebuah rumah dan terperangkap di sana. Kupu-kupu cintanya itu pula terbang menerusi salah satu tingkap yang terbuka luas dan terus terbang bersama kupu-kupu lain di luar dengan harapan agar si kupu-kupu tetap mengejarnya. Si kupu-kupu merasakan jangka hayatnya semakin pendek itu gagal mengejar kupu-kupu cintanya dan bercadang berehat di suatu sudut rumah tadi dengan harapan agar kupu-kupu cintanya datang untuk menemuinya untuk kali yang terakhir. Dia pun terus hinggap di situ sehinggalah hayatnya tiada. Kupu-kupu cinta yang sebenarnya tidak tahu akan keadaan si kupu-kupu itu pula beranggapan bahawa si kupu-kupu tadi sudah menemui kupu-kupu cintanya yang baru dalam rumah tersebut. Dengan perasaan yang kecewa, kupu-kupu cinta itu pun terus terbang jauh bersama kumpulannya yang lain ke tempat yang baru.

Inilah mitos cinta si kupu-kupu yang saya karang sendiri ~ ^__^ ~
Kisah ini hanyalah sebuah mitos dan tidak berkenaan dengan sesiapa pun termasuklah dengan sekumpulan kupu-kupu yang sedang berterbangan bebas di ruang udara sekarang ne hihi. Semua yang tersirat dalam mitos ini hanyalah satu perkongsian semata-mata...ambil yang jernih, simpan yang keruh..jangan buang yang keruh, yang keruh itu kita jadikan teladan supaya kita boleh perbaiki kesilapan untuk masa yang akan datang..

(originally by askzhye)
:: wassalam ::

My PoPuLaR POsTs