Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkanlah dalam hatimu, "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia daripadaku."
Jika engkau bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu, "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini lebih baik daripada aku."
Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu, "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku. Tentu dia lebih baik daripadaku."
Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu, "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan ku capai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamal ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku."
Jika bertemu dengan orang yang jahil, maka katakanlah dalam hatimu, "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu akhir umurku dan umurnya kelak. Tentu dia lebih baik daripadaku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu, "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak. Mungkin pada akhir usianya, dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin boleh jadi pada akhir usia, aku akan kufur dan berbuat buruk. Tentu dia lebih baik daripadaku."
(ingatan untuk kita bersama ^^ ingatkan saya bila saya terlupa ~~ terima kasih..)
No comments:
Post a Comment