Welcome to my blog..Feel free to drop ur comments and please don't forget to be my follower..ok ^__^ thank you so much!!

Saturday, 11 June 2011

Manik & Baju Kurung


 Assalamualaikum semua ~


Bila sebut pasal manik dan jahitan, mesti ramai yang terfikir baju kurung juga kan? Ada kadang-kadang tu, bila tengok kat mana-mana butik, mesti jumpa baju dengan corak manik sekali yang siap dijahit dengan macam-macam bentuk dan warna..kalau baju siap dijahit manik, apa lagi, harga pun cukup 'cantik'.

So, macam mana kalau kita sama-sama jimatkan duit dengan menjahit manik pada baju-baju kita sendiri. Semalam bila x dapat tidur, aktiviti menjahit manik pun bermula hua3
 Mula-mula tu, susah juga untuk imagine macam mana mau buat corak yang betul-betul glamer. Memang susah juga jahit manik ni. Mata pun mesti buka sebesar-besar yang boleh apa lagi kalau jahit manik time malam-malam ni hehe

 haa~ yang ni pula sudah dihiasi dengan background manik yang dijahit tabur. Biasanya jahitan macam ni lebih sesuai buat di bahagian leher & bahagian yang perlu di hi-light kn..

 
 akhirnyaaa~ siap juga.. tengok3~ macam ni la corak manik yang berjaya disiapkan ^^ huhu 

Mari kita cuba zoom in plaa..sori laa bahagian bawah tu jahitan kurang jelas sebab bayang-bayang saya sendiri hihi sebenarnya bahagian bawah tu ada manik yang dijahit dan dibentukkan kelopak bunga.
Bahagian pergelangan tangan tu pula, manik yang dijahit secara berpintal.

^^ dan akhirnya berjaya juga pujuk mata ni untuk tidur. Adeh~ Memang penat gak bila menjahit manik ni.

Ketelitian dan semangat untuk siapkan corak tu tersangatlah penting ^^ 
Jahit manik ni sebenarnya senang tapi kena tahu cara jahit juga dan saya pun sebelum ni jahit manik pun pelik-pelik corak yang jadi haha lama-lama tu,selepas join kursus jahitan manik & labuci, tangan ni pun jadi ringan sikit ^o^ alaa rajin sebab mau buat baju tambah glamer jaa

 Selamat mencuba!!! 

:: Wassalam ::



Lepas ni boleh laa ambik upah untuk jahit manik untuk baju orang lain pula (^^) $$$ boleh laa tambah duit raya tahun ni~~

No comments:

My PoPuLaR POsTs