Welcome to my blog..Feel free to drop ur comments and please don't forget to be my follower..ok ^__^ thank you so much!!

Tuesday, 15 March 2011

HIDUP INI TERLALU INDAH UNTUK DIHAYATI ^^

ASSALAMUALAIKUM WBT....

Setiap yang berlaku pada hari ini adalah teladan untuk hari esok...

Perkara yang telah berlalu sememangnya tidak akan dapat diubah dan sepatutnya tidak perlu untuk dikesali...

Yang indah biarlah manis untuk dikenang dan yang pahit biarlah disimpan untuk dijadikan pengajaran...

Kita sebagai manusia tidak seharusnya menyesali setiap perkara yang berlaku,kerana sesungguhnya tidaklah ALLAH SWT takdirkan sesuatu perkara semata-mata untuk menguji kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini....

Apa yang terbaik untuk kita ialah perbaiki diri dan sentiasa menyedari bahawa masa tidak akan dapat diputar semula sebagaimana kita menyesali perkara yang telah berlalu...

Bersyukurlah kerana hari ini kita masih berpeluang untuk perbaiki diri kita...biarlah kita dipandang keji asalkan kita berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik..

Sesungguhnya hidup ini terlalu indah untuk dihayati...saya bersyukur kerana hari ini saya masih boleh bernafas dan menjalami hidup dengan lebih baik berbanding masyarakat di luar sana...ingatlah bahawa kita hanyalah manusia biasa yang setiap hari sering diuji dengan dugaan yang lebih hebat daripada apa yang kita telah lalui sebelum ini...

Sekadar ingin berkongsi apa yang tersirat di hati ^^ 





2 comments:

cik mot said...

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. dan setiap ujian yang Allah beri pada kita, kita mampu tuk harunginya. Jadikan semua tu pengalaman hidup yang buatkan kita lebih matang untuk hadapi hari2 yang akan datang,, :)

SyafzMagz.com said...

semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...dan hari besok lebih baik dari hari ini...InsyaAllah

SyafzMagz.com

My PoPuLaR POsTs