Welcome to my blog..Feel free to drop ur comments and please don't forget to be my follower..ok ^__^ thank you so much!!

Saturday 30 July 2011

Ramadhan Datang Lagi~


Perginya Syaaban mengingatkan kini tibanlah Ramadhan yang melengkapkan penantian kita setiap tahun~

Tuesday 26 July 2011

My True Love

Today is the special day 4 my mum... actually, everyday is the special day for her..

As the clock strikes 12, i sent a message to her phone number to wish her a Happy Birthday...
i woke up early in the morning & sang a happy birthday song for her with my little sister, Anne.. 

u know what?? when i saw a big smile on her face, i knew that i can't live without my family especially my mum... she is everything to me...

'Because You Loved Me' the song which is sang by the famous singer, Celine Dion totally inspired me a lot.. i love the song especially the lyrics ^__^

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right

For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful, baby

You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through
Through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me, ooh, baby

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach

You stood by me and I stood tall
I had your love, I had it all
I'm grateful for each day you gave me

Maybe, I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because
I was loved by you

and how about this song.....

Nothing's Gonna Change My Love For You" is a popular song by Gerry Goffin and Michael Masser.

[jump to the chorus]
hold me now
touch me now
i don't want to live without you
nothing's gonna change my love for you
you ought to know by now
how much i love you 
one thing you can be sure of
i'll never ask for more than your love
the world may change my whole life thru but
nothing's gonna change my love for you

~ special dedicated for her~
i love my mum so much!!
i kissed her before i go to sleep..
because i know there's will be a day which i can't kiss&hug her like i did just now... 

:: wassalam ::

Thursday 21 July 2011

Jangan sesat jalan lagi ^^



Hari ni  mari kita discuss pasal tersesat jalan pla..hihi..sesat ne banyak maksudnya...tapi saya hi-light kan perkataan "tersesat jalan"...hihi ^^ topik ne memang lucu & bagi sesetengah orang benda camni memang betul2 menyakitkan..xkisah la bagi golongan yang berkereta atau pejalan kaki,memang xkan terlepas untuk alami pengalaman menggerunkan ne (gerun atau panik??)...lebih menakutkan kalau la kita tersesat jalan & keseorangan ditambah pula hari pun semakin gelap..ada pepatah melayu berbunyi 'Malu Bertanya Sesat Jalan' kan tapi camana r kalau time kita tersesat tu xda sapa2 lagi orang yang boleh kita tanya..kan?? 
Jom baca tips ni..mungkin dapat membantu untuk elakkan kejadian 'tersesat jalan' hihi 
* memiliki hp yang mempunyai sistem GPS hoho
* bawa ilustrasi peta ringkas (dilukis atau disediakan oleh orang2 yang memang biasa atau pernah melalui tempat yang akan dituju)ilustrasi tersebut mesti lengkap dengan label dalam peta.
* pastikan kredit telefon bimbit masih sah untuk buat panggilan keluar (boleh call sesiapa untuk hulurkan bantuan) tapi tips ni hanya membantu sekiranya tempat yang dituju masih terdapat rangkaian telefon bimbit..
* apabila sampai di mana-mana tempat atau sedang berhadapan dengan banyak persimpangan, jadikan satu bangunan atau objek untuk dijadikan landmark. Sekurang-kurangnya bila tersesat jalan, cuba cari landmark tadi sampai dapat, pastu ikut arah laluan sebelumnya bergantung pada arah landmark tadi tu.
* berusaha untuk bertanya orang. Tapi berhati-hati bila bertanya. kadang-kadang ada orang yang cuba menyesatkan jalan & cuba ambil kesempatan dalam keadaan macam tu terutamanya kalau la anda seorang perempuan atau bersendirian.
* elakkan dari berseorangan. Kalau terpaksa untuk pergi juga, bawalah seseorang yang lebih matang. Bila ada seseorang yang matang ni, kalau tersesat pun xdalah rasa panik sangat kan..sebab masih ada orang yang boleh membantu..
Lebih baik kalau bawa kawan ramai-ramai...
* jangan terlalu yakin dengan martial arts yang anda miliki...kalau terpaksa pergi secara bersendirian juga, bawalah benda-benda yang boleh membantu sebagai persediaan sekiranya ditimpa kesusahan nanti.. bagi yang perempuan, bawalah spray perfume.. picit ja menghadap orang2 yang cuba berniat xbaik..
( hoho kejamnyaa~)
 Paling penting, utamakanlah keselamatan. Sekarang ni macam-macam perkara buruk boleh terjadi xkisahlah pada perempuan atau lelaki, sebaik-baiknya bergeraklah dalam kumpulan & elakkan bersendirian.. Memang banyak perkara yang kita xboleh jangkakan tapi sebenarnya kita boleh elakkan...bersedialah untuk sebarang kemungkinan...selebihnya bertawakal & berdoa....insyaAllah selamat... 

sekiranya ada pendapat lain, dialu2kan untuk luahkan idea untuk dikongsi ^^
~terima kasih... 
:: wassalam ::



Sunday 17 July 2011

Wanita sejati ^^


seorang wanita itu besar ujiannya untuk menjadi seorang wanita sejati...
di sini saya kongsikan sebuah kisah yang mana terselit pendapat seorang bapa tentang wanita sejati sebagai teladan kaum wanita termasuk saya sendiri...
~jom baca ~

**********************************************
 Seorang gadis kecil bertanya kepada abahnya,
"Abah, ceritakanlah padaku tentang wanita sejati"...

Abahnya pun menoleh kemudian tersenyum.......

Anakku,
Seorang wanita sejati BUKANlah dilihat dari kecantikan PARAS wajahnya, tetapi dari kecantikan HATI yang ada padanya.....
Wanita sejati BUKAN dilihat dari BENTUK TUBUHNYA yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia MENUTUP BENTUK TUBUHNYA.....
Wanita sejati BUKAN dilihat dari  BANYAKNYA kebaikan yang dia lakukan, tetapi dari KEIKHLASANNYA memberikan kebaikan itu......
Wanita sejati BUKAN dilihat dari seberapa INDAH LANTUNAN SUARANYA, tetapi dari apa yang SERING MULUTNYA BICARAKAN....
Wanita sejati BUKAN dilihat dari bijaknya dia BERBAHASA, tetapi dilihat dari CARA dia BERBICARA...

Kemudian abahnya diam sejenak sambil melihat ke arah anak gadisnya itu...
"Lantas apa lagi Abah?" sahut gadis kecil itu...

Wahai anakku,
Wanita sejati BUKAN dilihat dari KEBERANIANNYA dalam BERPAKAIAN, tetapi sejauh mana dia berani MEMPERTAHANKAN KEHORMATANNYA.......
Wanita sejati BUKAN dilihat dari KERISAUANNYA untuk DIGODA oleh lelaki, tetapi apabila KERISAUAN DIRINYA yang MENGUNDANG ORANG JADI TERGODA.....
Wanita sejati BUKANlah dilihat dari seberapa BANYAK dan BESARNYA UJIAN yang dia jalani, tetapi sejauh mana dia MENGHADAPI UJIAN itu dengan penuh rasa SYUKUR & SABAR.....
dan ingatlah...
Wanita sejati BUKAN dilihat dari SIFATNYA DALAM PERGAULAN, MELAINKAN sejauh mana dia mampu MENJAGA KEHORMATANNYA DALAM PERGAULAN......

Selepas itu anak gadis itu bertanya lagi,
"Siapakah yang memiliki ciri-ciri seperti itu Abah?"
Lalu abah memberikannya sebuah buku sambil berkata 
"TELADANILAH MEREKA"..
Anak gadis tadi pun mengambil buku itu dan melihat tajuk buku tersebut....
"ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW"
********************************************************
sebagai renungan kita bersama~

sememangnya bukan mudah untuk kita berubah menjadi seseorang yang baik, kita sering diuji dengan pelbagai ujian...namun percaturan berubah ke arah yang lebih baik itu adalah sebaik-baik perjuangan hidup...sebaik-baik perubahan itu adalah melalui hati dan akhlak bukan semata-mata kerana mengharapkan pujian...
tolong ingatkan saya apabila saya terleka
terima kasih ^___^

Thursday 14 July 2011

belajar mencintai diri seadanya ^^



hari ini dan sebelumnyaa

saya, aku dan diri ini...

dengan perasaan x menentu 

semakin hari

keinginan hati semakin pudar...

matlamat dan hala tuju semakin jauh..

putus asa? xxx nope!! bukan~

tapi

saya gembira & bersyukur..

semuanya cukup indah untuk dikongsi..

cuma saya masih mencari...

dan sedang mencari...

mencari sesuatu...

untuk memenuhkan...

satu kekosongan yang sukar saya tafsirkan...

~~ maaf~~

maafkan saya bila saya semakin kelu untuk berbicara..

dan maaf..bila saya semakin senyap untuk bersuara...

:: maaf ::

hari ini saya semakin belajar mencintai diri saya sendiri seadanya ^^

dan

terima kasih untuk kekosongan ini
kerana setiap kekosongan itu la yang membantu saya untuk mencari sesuatu yang lebih berharga  untuk saya hargai dengan segenap hati ...
ini la yang mengajar hati saya untuk lebih menghargai dan memahami diri saya sendiri..

Wednesday 6 July 2011

HaPPy BirThDaY tO Me.. ^^


Saya dilahirkan pada 6 Julai 1989 bersamaan 2 Zulhijjah 1409H, hari Khamis, waktu petang..
Sebenarnya, saya tidak seperti bayi lain yang lahir dalam keadaan yang cukup matang untuk dilahirkan.
Mak saya bersalin ketika saya baru masuk 7bulan dalam kandungan..
Dengan saiz yang cukup kecil, saya lahir dengan selamat dan ditahan di dalam sebuah tiub kecil (tempat khas untuk bayi pra matang) dan saya membesar dengan normal tanpa sebarang masalah kesihatan yang rumit.. ^_^

ini laa saya - not a beauty girl
  ~ hari ni pula bertarikh 6 Julai 2011 bersamaan 4 Syaaban1432H hari Rabu~
Usia saya sudah genap 22 tahun dan mungkin satu hari nanti saya pula akan melalui hari yang mana ibu saya telah lalui. Ketika itu, saya pula yang akan bergelar ibu.. ^^ aminnn~
22tahun tempoh yang cukup panjang..dari sekecil bayi hinggalah hari ini...
Banyak perkara yang saya sudah lalui dan saya bersyukur hari ni, kerana saya masih berpeluang untuk berbakti pada mak&abah saya..
Saya bersyukur saya dilahirkan..

upss~ ne bukan gambar saya r.. hihi
~terima kasih untuk semua ~

Bersyukur sebab hari ni saya masih boleh bernafas dan terus menjalani hidup untuk masa depan
Walaupun hidup tidak selalunya indah, tapi setiap perkara yang terjadi adalah panduan terbaik untuk persediaan untuk menghadapi hari esok..
Berakhirnya 6 julai 2011~ esok bermula lagi hari baru..

"HAPPY BIRTHDAY TO ME"

Selamat Malam semua
 :: Wassalam ::

>>upss..tarikh lahir sy a/bila disusun akan menjadi '6789' haha~ unikkk  ~


Tuesday 5 July 2011

A Perfect Marriage

kalau sudah kedua-dua pasangan sudah cukup baik,,,,rasanya tiada apa lagi yang perlu di'correct'kn, di'modify'kan dan seharusnya kita jadikan panduan hidup ^^


...perkahwinan yg baik bukanlah apabila pasangan yg terbaik bersama, (tetapi) apabila pasangan yg biasa belajar memahami perbezaan mereka...


Sejahat-jahat lelaki dan seburuk-buruk perangai perempuan, seseorang itu tetap mencari pasangan yang baik untuk dijadikan teman hidupnya ^^


Sekadar berkongsi apa yang terfikir untuk ari ni ^^
terima kasih sebab sudi baca ~~ jumpa lagi....

:: wassalam ::

Tarikh lahir & personaliti Lelaki??


Sempena dekat2 bufday ne, saya kongsikan artikel ni untuk semua... anggaplah ini 1 permainan k, jangan amik serius plaa , bebas untuk sesiapa sahaja yang mahu mempercayainya...tapi bagi yang xmahu mempercayai  artikel ini,, abaikan saja ^^


1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai. 


2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya. 

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. 

6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. 

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan. 

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. 

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu? 

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati. 

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan. 

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. 

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya. 

20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya. 

21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. 

22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis. 

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya. 

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. 

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak. 

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih. 

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia. 

30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. 

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis 
yang berpersonaliti.

My PoPuLaR POsTs