Welcome to my blog..Feel free to drop ur comments and please don't forget to be my follower..ok ^__^ thank you so much!!

Monday, 5 December 2011

Bercerita Tentang Si Kupu-Kupu



Cinta ibarat si kupu-kupu. Semakin dikejar dan ingin dimiliki, semakin ia terbang menjauhkan diri. Hingga satu ketika, apabila si kupu-kupu terbang menghampiri sesuatu, dia akan terus hinggap di situ dan kaku. Kadang-kadang kita sendiri pun hairan, macam mana la si kupu-kupu ni boleh bertahan hinggap di satu sudut sampai berhari-hari tanpa makan dan minum? Kita yang musykil ni pun ambillah sesuatu untuk usik si kupu-kupu tadi. Bila diusik,si kupu-kupu tu masih tidak berganjak. Eh, kupu-kupu ni masih hidup lagi atau tidak? Lepas tu, kita biarkan dia lagi. Mungkin dia tengah tidur, kan dia penat terbang ke sana dan ke mari. Bagi chance la dia berehat kejap. Hari bersilih ganti, hari ni sudah genap 4hari si kupu-kupu tu masih hinggap di tempat yang sama. Tapi, hari ni kupu-kupu tu sudah dapat kawan baru. Waa... si kupu-kupu berteman dengan angkatan semut ya..Kelihatan sekumpulan semut-semut hitam sedang mengelilingi si kupu-kupu tadi. Eh.. nampaknya si kupu-kupu mula bergerak. Tapi, nampaknya angkatan semut tu sedang mengangkut tubuh si kupu-kupu tadi ke arah sudut dinding yang berbeza dalam satu laluan secara beramai-ramai. Sampai di sudut dinding lama yang terselak, hilanglah bayangan kupu-kupu tadi bersama angkatan semut yang mengangkatnya itu. Alamak..kenapa ya si kupu-kupu tu?

Sebenarnya si kupu-kupu itu adalah sahabat karib kepada sang ratu semut. Si kupu-kupu pernah bercerita kepada sang ratu semut bahawa dia sedang mencari cinta. Sang ratu semut berkata bahawa serangga yang cantik seperti si kupu-kupu sebenarnya cukup mudah untuk bertemu dengan cintanya. Apa lagi jika si kupu-kupu mula menebarkan sayap anggunnya itu menari-nari dengan bebas di luar sana, bukan sahaja serangga lain, bahkan manusia juga bisa tertawan kepadanya. Si kupu-kupu pun menjawab dengan senyuman,
"Benar aku cantik tapi tidak bermakna aku pasti menemui cinta semudah itu. Paras yang cantik bukan penentu cinta yang sejati. Mungkin ramai yang tertawan, tetapi hanya pada parasku, bukan pada hati mereka untuk memiliki cintaku. Maka, aku akan terus terbang dan tidak akan berhenti menghinggapi apa-apa pun sehinggalah aku letih mencari cinta. Aku tidak mudah didekati walau apa pun cuba menghampiri dan menangkapku. Mereka harus tahu bahawa aku sendiri pasti datang menghampiri meraka jika cinta yang aku mahu ada di situ."

Akhirnya, si kupu-kupu itu telah menemui cinta yang dicari. Si kupu-kupu itu terbang mengejar cintanya hingga terbang menyusup ke sebuah rumah dan terperangkap di sana. Kupu-kupu cintanya itu pula terbang menerusi salah satu tingkap yang terbuka luas dan terus terbang bersama kupu-kupu lain di luar dengan harapan agar si kupu-kupu tetap mengejarnya. Si kupu-kupu merasakan jangka hayatnya semakin pendek itu gagal mengejar kupu-kupu cintanya dan bercadang berehat di suatu sudut rumah tadi dengan harapan agar kupu-kupu cintanya datang untuk menemuinya untuk kali yang terakhir. Dia pun terus hinggap di situ sehinggalah hayatnya tiada. Kupu-kupu cinta yang sebenarnya tidak tahu akan keadaan si kupu-kupu itu pula beranggapan bahawa si kupu-kupu tadi sudah menemui kupu-kupu cintanya yang baru dalam rumah tersebut. Dengan perasaan yang kecewa, kupu-kupu cinta itu pun terus terbang jauh bersama kumpulannya yang lain ke tempat yang baru.

Inilah mitos cinta si kupu-kupu yang saya karang sendiri ~ ^__^ ~
Kisah ini hanyalah sebuah mitos dan tidak berkenaan dengan sesiapa pun termasuklah dengan sekumpulan kupu-kupu yang sedang berterbangan bebas di ruang udara sekarang ne hihi. Semua yang tersirat dalam mitos ini hanyalah satu perkongsian semata-mata...ambil yang jernih, simpan yang keruh..jangan buang yang keruh, yang keruh itu kita jadikan teladan supaya kita boleh perbaiki kesilapan untuk masa yang akan datang..

(originally by askzhye)
:: wassalam ::

Tuesday, 29 November 2011

Air mata Lelaki


..Anugerah Illahi..
Air mata sering dikaitkan dengan perempuan dan ada pendapat mengatakan bahawa air mata itu adalah keistimewaan bagi kaum perempuan. Itu memang benar tetapi masih ada satu gender lagi yang juga bertuah kerana memiliki air mata seperti perempuan iaitu lelaki dan bezanya, lelaki agak kurang dikaitkan dengan isu air mata. Air mata merupakan anugerah daripada Illahi bagi setiap manusia sebagai satu senjata. Bukan hanya luahan perasaan, tetapi air mata juga sangat penting untuk memelihara kesihatan mata kita yang terdedah kepada bakteria, habuk dan benda-benda yang mungkin boleh menjejaskan pandangan mata kita. Itulah air mata.

...Lambang Perasaan Yang Tulus..
Air mata juga bukan lambang kesedihan semata-mata tapi ia juga sebenarnya bukti bahawa wujudnya perasaan yang tulus dalam diri seseorang. Contohnya, menangis kegembiraan, air mata keinsafan dan air mata kesyukuran. Semuanya diluahkan dengan hati yang ikhlas. Air mata seperti ini memang sukar dilahirkan dengan perasaan yang palsu atau dibuat-buat. Kadang-kadang, apabila kita terharu pun, setitis air mata pun boleh menitis keluar tanpa kita sedar... kan?

Kenapa lelaki susah menangis?
Sebab dia mampu menanggung perasaan sedihnya sendiri berbanding perempuan. Perempuan akan menangis dan meluah kepada sesiapa sahaja yang dipercayainya hinggalah dia berasa lega. Ada sesetengah lelaki yang mungkin akan berusaha sibukkan diri dengan urusan kerja dan semata-mata enggan memikirkan perkara sedih itu. Yang meyedihkan, apabila kedua-dua gender ini memilih jalan untuk menenangkan perasaan..

.hmm.. agak mengecewakan..!!

..Air mata dan Gender..
 Tidak dinafikan bahawa perempuan lebih mudah mengalirkan air mata berbanding lelaki. Agak jarang kita dengar perempuan yang mampu menahan air mata ketika bersedih. Tetapi, jika perempuan itu hanya berdiam diri tanpa menitiskan air mata dalam satu tempoh ketika dia sedang bersedih, itu petanda bahawa dia sedang 'cedera parah' di dalam hati. Apabila kaum perempuan bertindak untuk mendiamkan diri ketika bersedih tanpa menitiskan air mata, sebenarnya dia sedang memilih untuk menangis di dalam hati... !!

Dan agak jarang kita dengar atau nampak lelaki menangis atau menitiskan air mata secara umum seperti perempuan ketika mereka sedang bersedih. Dan apabila lelaki menangis, sudah tentu ini bukan satu perkara yang biasa tetapi situasi ini juga bukanlah satu perkara yang luar biasa..
Berhati-hatilah jika lelaki mula menitiskan air mata ketika sedang bersedih walaupun itu adalah pertama kali dia menitiskan air mata di hadapan umum kerana mungkin itulah petanda bahawa dia sudah gagal membendung perasaannya dan mungkin hatinya itu sedang mengalami 'kecederaan yang serius'. Kesedihan yang dialami itu mungkin sesuatu yang amat berat sehinggakan hati sekukuh kaum Adam ini gagal menahan perasaan dan akhirnya menitiskan air mata tanpa menghiraukan siapa yang berada di hadapannya. Memang sukar untuk kaum lelaki mengakui situasi ini tapi percayalah bahawa mereka tetap memiliki air mata yang 'mahal' itu.. dan tidak mustahil, suatu hari nanti air mata itu akan menitis untuk menghargai sesuatu yang 'mahal' dalam hidupnya.

Sekadar berkongsi pendapat..
Maaf jika post ni kurang memuaskan
\^__^/
Dialu-alukan kepada readers yang sudi berkongsi pendapat yang lebih bernas dan matang...

..terima kasih..

:: Wassalam ::

Sunday, 30 October 2011

Harga Sebuah Kesetiaan


Berkasih sayang itu fitrah manusia yang dikurniakan perasaan dan naluri.
Bahagianya jika perasaan itu dikukuhkan dengan sebuah ikatan perkahwinan.
Itulah harapan yang terindah bagi setiap pasangan.....
Tapi harapan itu juga boleh menjadi sebuah perkara yang menyakitkan.
Terutamanya bila perasaan itu dikhianati atau harapan itu hanya sebuah ilusi yang tidak mungkin tercapai sampai bila-bila pun.

Beruntungnya dia apabila dikurniakan seorang yang setia. Pertahanan untuk sebuah kubu cinta ialah kesetiaan. Ada orang yang sanggup dilukakan hatinya berkali-kali semata-mata untuk kekal setia pada yang yang satu. Kekuatan sebuah hubungan bukanlah terletak pada tempoh percintaan tetapi pada kejujuran dan kesetiaan pasangan itu. Kesetiaan ini merangkumi banyak perkara. Kesetiaan mengajar kita untuk menerima seseorang itu seadanya. Terima kekurangan si dia walaupun dia mungkin bukan seperti yang kita impikan kerana kelemahan dan kekurangan itu boleh diubah dengan kasih sayang. Di situ jugalah lahirnya sebuah keikhlasan.

Suatu hari nanti, jika ada di antara kita yang dikhianati, janganlah sekali-kali mengulangi pengkhianatan itu pada orang lain. Percayalah bahawa dia yang tidak setia itulah orang yang rugi kerana melepaskan seseorang yang setia. Jangan bersedih untuk sebuah perpisahan. Percayalah bahawa Tuhan menyelamatkan kita untuk sebuah hubungan baru yang lebih bahagia.

Ceriakan hari dengan harapan baru. Binalah impian yang baru. Andai anda mendapati si dia tidak setia, jangan ragu-ragu untuk undur diri. Pilihlah jalan yang baru, jangan teruskan perjalanan yang anda sendiri tidak sanggup lalui. Jika anda tahu dia bukan setia pada anda, jangan minta dia untuk setia. Anda perlu tahu bahawa dia setia kerana dirinya bukan kerana satu permintaan atau syarat.

.........Ingatlah .....
'Senyuman itu adalah senjata berharga untuk seseorang yang sedang bersedih kerana itulah petanda bahawa dia seorang yang tabah - askzhye'

Saturday, 15 October 2011

10 Punca Penyakit Hati


Percaya dengan kewujudan ALLAH SWT tetapi tidak patuh & menunaikan perintahNya.

Menyayangi Rasulullah SAW tetapi meninggalkan sunnah baginda.

Membaca ALQuran tetapi tidak mengamalkan dan mengambil iktibar yang ada.
Merasai segala nikmat & anugerah ALLAH SWT tetapi tidak bersyukur kepadaNya.
Tahu bahawa Syaitan itu ialah musuh yang nyata tetapi tidak berusaha untuk menghindar daripada pengaruhnya.

Mahu ke Syurga tetapi tidak berusaha untuk ke arah itu.

Takut dihumban ke api neraka tetapi tidak pernah berusaha untuk menjauhi perbuatan yang menyebabkan hukuman ke neraka.

Yakin bahawa mati itu sesuatu yang pasti berlaku kepada setiap benda yang bernyawa tetapi tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Mengata dan mencari-cari keburukan atau kesilapan orang lain tetapi tidak menilai atau mengira keburukan dan kesilapan diri sendiri.

Mengerjakan dan enguruskan jenazah tetapi tidak mahu mengambil teladan yang ada.

:: Perkongsian untuk semua ::
....Ingatkan saya andainya saya terleka...
Terima Kasih
Wassalam

Cahaya di Kaabah & Persekitarannya


Pemandangan yang bercahaya di persekitaran Masjidil Haram & Kaabah ......


 
(pada waktu malam)



(pada waktu siang)


(pandangan dekat)

 Cahaya itu terang dan cukup indah untuk miliki.
Indahnya kota itu, diterangi cahaya yang cukup terang.
Walaupun bangunan atau persekitaran luar kota itu masing-masing mempunyai lampu-lampu untuk menerangi hari yang sudah malam, namun kota itu juga yang lebih bercahaya & terang berbanding  di tempat yang lain..


Wallahu a'lam
Terima kasih....
:: Wassalam ::

Sunday, 9 October 2011

Pengalaman Blogwalking Mematangkan Bloggers


...Assalamualaikum semua...
^__^ senyuman manis sebagai pembuka entri..
semoga hari ini merupakan hari yang lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu ...
Hari ni..saya sebagai blogger telah menemui sesuatu perkara yang kita anggapkan suatu perkara yang biasa ataupun remeh tetapi tetapi ia ialah perkara yang terpenting dalam arena blogging..iaitu ---> BLOGWALKING


Di sini saya senaraikan antara kebaikan blogwalking yang dapat saya analisiskan secara kasar...

~Kelebihan Blogwalking~
> menambah followers & friends
> mempromosi blog sendiri untuk dikunjungi oleh visitor lain
> cara terpantas untuk dapat news tentang give-away, lucky draw & contest anjuran blogger lain
> menimba ilmu blogging
> mendapat idea & mencontohi kreativiti blogger lain untuk mencantikkan blog

****************************************

Malam ne saya masih meneruskan aktiviti blogwalking ini...bermacam2 jenis blog yang saya jumpa...Masing2 ada kelebihan tersendiri.. Ada kadang2 tu jammed seketika bila terjumpa entri2 yang best untuk dibaca, ditambah pula dengan doodle yang comel2 ataupun bermotifkan kartun dan animasi yang berkelip & bergerak... memang cantik & kreatif...dan di sini juga la terselitnya tip-tip yang menarik bagi seorang blogger..

Blogwalking bukan sekadar mengunjungi tetapi juga memberi kita sebuah pengalaman sebagai seorang blogger yang menginginkan blognya mendapat tempat di hati para pengunjung blog. Dalam banyak-banyak blog yang saya kunjungi, saya sendiri memilih untuk mengunjungi blog yang lebih simple..Simple yang saya maksudkan ialah blog yang kurang menggunakan benda-benda bergerak sebagai perhiasan blog..Saya dapati bahawa blog yang mempunyai benda-benda bergerak (animation, java script, macromedia format) seperti ini menjejaskan kelajuan capaian pengunjung untuk ke blog tersebut. Disebabkan situasi 'slow loading' ini juga la menyebabkan saya terpaksa terus menunggu sehingga keseluruhan page blog terpapar hanya untuk membaca entri-entri yang ada. Sebagai pengunjung juga, saya sedar bahawa kekuatan sesebuah entri itu terletak pada tajuk. Tajuk entri cukup memberi tarikan yang kuat untuk menarik pengunjung datang ke blog dan membaca entri sepenuhnya. Penentuan tajuk bagi entri atau post sangat penting dalam usaha meningkatkan pelawat dan saya akui bahawa saya sendiri masih lemah dalam memilih tajuk-tajuk yang lebih menarik berkaitan dengan entri yang saya hasilkan. Memilih gambar ataupun ikon yang bersesuaian dengan post juga membantu pengunjung tertarik dan menjiwai apa-apa perkara yang tersisip dalam post berkenaan. Saya tertarik dengan mana-mana post yang menjadikan gambarnya sendiri sebagai ikon entri. Ada masa tertentu saya akan tersenyum melihat gambar-gambar blogger yang siap diubahsuai dan dijadikan ikon dalam blog sendiri seolah-olah ia adalah gambar yang sama dari mana-mana majalah walaupun sebenarnya itu adalah kreativiti blogger itu sendiri..Contohnya entri yang berkisar tentang kasih sayang ibu dan entri tersebut disertakan dengan gambar blogger sedang memeluk ibunya sendiri dan untuk menampakkan kesan lebih dramatik, gambar itu diubah teknik pencahayaan atau warnanya kepada hitam putih dan diberikan kesan-kesan silau pada bahagian-bahagian tertentu.. unik!! 

Habit yang suka memaki atau menggunakan ayat-ayat yang keras sebaiknya jangan digunakan dalam penulisan blog. Penggunaan bahasa perlulah sesuai terpulanglah kepada blogger sama ada menggunakan bahasa dialek sendiri yang penting, berusahalah untuk tidak menggunakan ayat-ayat yang keras/memaki terutamanya bagi kaum perempuan. Mungkin ada sesetengah orang yang beranggapan seperti "ini blog aku, suka hati aku laa" tapi sebaik-baiknya biarlah kehalusan budi itu terselah seperti gambar yang kita letak dalam blog tu. kan dalam FB dan blog, bila tengok gambar pemilik fb atau blog tu memang cun,ayu dan comel tapi boleh pula ada tersangkut ayat-ayat yang kurang manis dalam blog...adeh..~ 
(-.-) jatuh saham laa pulaa~
jadi, jangan jejaskan kemurnian wajah yang terpamer itu hanya kerana penggunaan bahasa yang tidak bertapis...

Apa yang saya cuba kongsikan di sini hanyalah sekadar pendapat saya sebagai seorang blogger. Semua yang saya nyatakan di sini 100% dari pengalaman dan pendapat saya sendiri. Sekiranya ada pihak yang mungkin kurang bersetuju atau kurang selesa dengan kenyataan yang ada,, saya mohon maaf... Bagaimanapun, pengalaman saya sebagai blogwalker juga sangat-sangat membantu saya untuk mematangkan diri dalam arena blogging...improving my writing skills & creativity,ideas... 
Sekian sahaja untuk kali ini..Tanx to all readers & visitors..~ blogwalker yang sudi berkongsi pandangan, sangat dialu-alukan.....
:: WASSALAM ::

Friday, 16 September 2011

Contest I'm Proud To Be A Muslimah


Sebuah entri yang bertemakan banner di bawah


yang tertakluk pada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh 

CIK FIQRA 
(klik pada nama utk rujuk syarat & mklumat yang berkaitan)


dengan tawaran <<HADIAH>> seperti berikut :

*************************************************************

1st:
x1 Long Sleeve lycra maxi dress - Anaf Marketing
x1 tudung - Naura Fashion
x1 tudungAinz Eshop
x1 gypsy crumple shawlAidaRabbaniyin
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 inner neck - Zara Hijjab


2nd:
x1 t shirt muslimah - Iman Abdul Gallery
x1 dress - Jom Chantek Chantek
x1 tudung syria yuna - Eila Cuteness Shoppe
x1 purse - Fariza Faisal Boutique
x1 inner neck - Zara Hijjab
   
3rd:
1 tudung & x1 assesories - Happy Qlasik
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 dress - Jom Chantek Chantek

4th:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet
x1 tudung - Ainz Eshop
 
5th:
x1 satin shawl & x1 brooch - Nia Collections
x1 tudung - Ainz Eshop
 x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet
 
6th:
x1 bag - Fariza Faisal Boutique
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 shawl - Zara Hijjab
 
7th:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 shawl - Zara Hijjab
 
8th:
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 purse replika coach -  Anything Shop
x1 brooch - Tri Fa

9th:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 coklat cadbury - Afiq

x1 brooch - Tri Fa 

10th:

x1 satin shawl - Anything Shop 
x1 coklat cadbury - Afiq

dan istimewa untuk peserta yang bertuah :
x1 coklat @ 35 cavity - Coklat Manis2u


3 blogger bertuah, by random.org
x1 doodle boy@ girl - Nur Arifuddin

(sila klik hi-lighted word utk follow penaja & tengok hadiah)
******************************************************************* 



Muslimah itu ialah gelaran atau martabat seorang wanita yang memegang panji-panji Islam, memiliki hati setulus Hawa, melengkapi si Adam dalam berkat Illahi, tidak mudah goyah nafsunya semata-mata janji duniawi tatkala syaitan membisik agenda ngerinya untuk menyesatkan dan memperdaya. Dalam ketulusan hati seorang muslimah, kekuatan jiwanya masih utuh untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai anak yang soleh, ibu mithali lagi penyayang, dia isteri yang setia dambaan suami dan dia jugalah hamba solehah kepada Allah Maha Esa. Dia teman yang setia, memiliki cinta yang ikhlas seperti Khadijah, penyeri lagi menambat hati seperti Aisyah, berjiwa kental diiringi sifat tabahnya seperti Maryam, hatinya kaya dengan cinta dan diselaputi iman yang tebal lalu meresap ke segenap rohani dan jasmaninya demi memelihara dirinya, agama, akhlak dan nama keluarganya seperti  Fatimah. Kerana seorang muslimah itu, kecantikannya terserlah daripada kejernihan hatinya yang memancarkan sinar akhlak yang akan menerangi sepanjang perjalanannya ke jalan hakiki dan abadi kelak. Ketulusan akhlaknya menyingkap peribadi seorang srikandi muslimah sejati.

******************************************************************
 Rakan blogger yang saya tag untuk join contest ni :

*******************************************************************
Sekadar perjuangan kecil dalam arena blog, InsyaAllah ada rezeki ble juga grab mana-mana hadiah kan
(^_^)
..yang paling penting, kita sama-sama mencuba & doakan agar objektif murni Cik Fiqra wujudkan contest ni tercapai...Masa saya buat entri pasal muslimah ni, saya sendiri terkial-kial untuk bagi gambaran atau ciri-ciri seorang muslimah.. Ayat pun x cukup puitis.. Gambar tu pun mulanya nampak kusam & akhirnya selepas diubahsuai warna & pencahayaan cikit2, itu sahaja la yang dapat saya hasilkan...
...terima kasih smua~...
 :: wassalam ::
 

Wednesday, 14 September 2011

Don't you dare to give up the fight

No mountain's too high for you to climb
All you have to do is have some climbing faith
No river's too wide for you to make it across
All you have to do is believe it when you pray

 I'll be your cloud up in the sky
I'll be your shoulder when you cry
I hear your voices when you call me



dengan wajah yg pucat & x bermaya
bersyukur sebab hari ni saya masih bole post something..

that is why i have to.....
percaya dgn takdir Allah
dan bdoa di samping b'usaha n trus b'usaha~
terus berfikiran positif & b'usaha untuk sihat
doakan saya ^^ 
begitu juga dengan kawan2 yg lain samada kenal o x
dpt baca post ne atau x
mari kita sama2 doakan kesihatan & setiap perkara yang baik
untuk kawan2 kita

terima kasih semua~ 
Wassalam

Friday, 2 September 2011

IQ TEST~

Tengah berfikir & mencari  idea untuk entri terbaru?? Sementara tengah cari idea tu, mari kita tengok tahap IQ kita...
Jawab sampai habis soalan k ^^ masa yang diberi cukup panjang~ fikir jap & klik...jawab dengan santai..jangan stress k...xda denda untuk sebarang jawapan yang salah...
sapa tau mungkin di antara kita ne, ada juga yang memiliki IQ setinggi Gunung Kinabalu hoho~ 
...sapa tahu kan...


~Just click on the image above~
Lalukan cursor pada gambar ~ that's my level... (^^)
 hihi~ blum cukup level utk jadi penyiasat lg laa

Terima kasih  Qudwa sebab sudi share link IQ TEST ni..
Selamat mencuba...
:: wassalam ::

Sunday, 14 August 2011

Harapan Yang Tidak Kesampaian


Sebuah mitos tentang seorang sahabat,teman wanita & tentang dirinya....
 

Seorang lelaki bercadang untuk memperkenalkan bakal teman hidupnya dengan seorang kawan terbaiknya. Keakraban mereka berdua ibarat hubungan antara adik dan abang memandangkan mereka telah membesar bersama-sama dan berkawan sejak kecil lagi. Apa lagi perkara-perkara seperti ini,sememangnya perkara yang tetap menjadi perkongsian antara mereka berdua..Apabila lelaki itu menyuarakan cadangan kepada kawan karibnya itu,tanpa banyak soal, kawannya itu pun bersetuju dan meminta agar lelaki tadi menetapkan tarikh untuk mengaturkan pertemuan mereka bertiga..kerana terlupa untuk berterima kasih,sebelum tidur lelaki tadi menghantar teks ringkas ke telefon bimbit kawannya itu..ringkas & ikhlas..


Akhirnya,tarikh yang ditetapkan telah pun tiba. Seperti yang dijanjikan, lelaki tadi datang untuk membawa kawan karibnya itu pergi bersama-samanya. Namun kawannya enggan & berkemungkinan dia akan datang lewat sedikit kerana ada perkara yang perlu dibereskan terlebih dahulu. Dan kawannya tetap berjanji akan hadir seperti yang mereka telah rancangkan. Lelaki itu pun berlalu dengan keretanya dengan perasaan yang agak kecewa.

Seorang perempuan sedang memandu sambil melihat jam yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Ya Allah, aku terlewat setengah jam.. Kerana sibuk menguruskan butik, dia hampir terlupa akan temujanjinya pada hari ini..risau kerana mungkin teman lelakinya itu akan berkecil hati dan beranggapan seolah-olah dia tidak begitu menghargai hari yang ditetapkan. Akibat terlalu memikirkan tentang teman lelakinya yang mungkin sedang menunggu, pemanduannya menjadi kurang cekap dan berlaku kemalangan yang mana keretanya telah melanggar seorang perempuan berambut pendek yang baru sahaja keluar dari sebuah bank dan hendak melintas jalan.

Sudah 35minit berlalu dari masa yang telah dijanjikan,namun kelibat teman wanita atau kawan karibnya masih belum kelihatan.
Dia masih sabar menunggu kerana dia yakin kawan karibnya tetap akan datang, begitu juga dengan teman wanitanya itu..SMS yang diterimanya 5minit lalu sudah cukup memberinya keyakinan bahawa mereka tetap akan datang..

SMS drpd teman wanitanya
SMS terakhir daripada kawan karibnya

dibacanya SMS itu berulang kali sambil tersenyum...ya, mereka pasti akan datang...

Saat itu, kawan karibnya sedang terbaring kaku di jalan raya & dikerumuni oleh orang ramai. Terasa seluruh anggota badannya menjadi kebas dan tidak berdaya untuk bergerak. Suara orang ramai semakin sayup kedengaran dan akhirnya semakin bisu. Terasa alam menjadi sunyi. Pandangan matanya bertambah kabur & semakin gelap. Bunyi objek kuat yang menghentam tubuhnya sebentar tadi bagaikan bius untuknya melelapkan mata buat selama-lamanya. Telefon bimbit akhirnya terlerai dari genggaman..

konklusinya....
Lelaki tadi akan terus menunggu sehinggalah dia mendapat panggilan daripada mana-mana hospital atau sesiapa pun yang berkaitan untuk memaklumkan keadaan kawan karib dan teman wanitanya itu... mungkin juga kini, dia masih menunggu & terus menunggu ...

++tamat sebuah mitos++
' We know it's love when all we want is that person to be happy even if we're not part of their happiness '
Terima kasih 
:: wassalam ::

ini hasil karya ~askzhye~ semata2..watak yg ada hnya sekadar watak...xda bkaitan @ menyentuh mana-mana pihak..andai kata ada prsamaan, itu hanyalah 1 kebetulan shja ^_^
 


Friday, 5 August 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!



 Tanx HoLauLaLa 4 tagging me to join this contest ~ 

Photobucket

The G-A were sponsored by
 The Lure of My Life & Life & Love


(follow them 1st yaa ^^)


So,I tagged Lorainne Irene , Miss Gula-Gula Kiss Me & Ainey PwincessGurLz to be the participants..


(juz follow da instructions ^_^)

...kalau memang rezeki untuk kita,insyaALLAH dapat jugak G-A tu...


:: Wassalam ::

Thursday, 4 August 2011

Reasons for everything

Ramai orang datang & pergi...hanya kita saja yang memahami betapa pentingnya kehadiran mereka pada saat itu....mereka la yang terpilih untuk mengajar erti sebuah penghargaan, memberi teladan, & membantu kita untuk mengenali diri sendiri atau mencorakkan masa depan kita..mungkin tidak semua kehadiran mereka itu kita sedari...walaupun sebenarnya kehadiran yang sementara itulah yang cukup memberi kesan mendalam buat kita...mungkin juga ia terlalu menyakitkan tapi sebaliknya kepahitan itulah menjadikan kita lebih kuat, matang, bijak, & lebih berhati-hati...

kesakitan, kecederaan, kesilapan, & diperbodohkan

semuanya terjadi untuk menguji had kekuatan & kelemahan hati kita. Tanpa ujian yang kecil, hidup terlalu lenggang seperti sebuah jalan yang ntah di mana penghujungnya , rata, tenang tapi 'dull' & tidak memberi sebarang kesan pun untuk kita...
Umpama kita bermain 'game' yang bergerak ke hadapan terus tanpa cabaran dan hanya memberi kemenangan berterusan...cukup membosankan~

mak, bapa, adik, abang, kawan, si dia, kami & anda

semuanya memberikan kenangan yang terindah untuk kita walaupun ada sesetengah keadaan, kehadiran itu cukup menekan perasaan kita....Remember!!!~
the successes and downfalls that you experience can create who you are, and the bad experiences can be learned from. In fact, they are probably the most important ones for us.


If sme1 hurts u, betrays u or breaks ur heart, 4give them bcoz they hve helped u learn bout trust n da importance of being cautious to whom you open ur heart to... ^^


If sme1 loves u, love them back unconditionally, not only bcoz they love u, but bcoz they r teaching u to love n open ur heart & eyes to little things.


Appreciate every moment n  take fr0m it everything that you possibly can, 4 u may nver be able to experience it again...


Tell urself u r a great individual n believe in urself, if u don't believe in urself, no one else will believe in u...stop cheating!!

LESS TALKING & LISTEN CAREFULLY.. 
it's better to be silent than talking too much

...Everything happens for a reason...So, take a lesson on it....
^____^
have a great day !!
u know what..forgiveness is da most valuable gift to da person who have admitted their mistakes..

:: wassalam ::

Wednesday, 3 August 2011

Umpama Bunga ^^



Inilah perempuan...diciptakan seindah,selembut,seharum & secantik bunga...


dalam setiap kekerasan hati
 masih terulit lembut hatinya
ibarat bunga memiliki batang yang utuh
 kuntumannya masih boleh dipetik


dalam kelemahan dan kelembutan jiwanya
namun semangatnya tidak mudah rapuh
umpama bunga yang mekar
memiliki batang yang lembut
masih segar berdiri menghadap langit terbentang


setiap kesedihan melanda dirinya
senyuman manis masih terukir pada raut wajahnya
seperti panasnya suria memancarkan diri
bunga tetap menyerlahkan warna
walaupun kuntumannya semakin layu


suaranya halus menceriakan suasana
gelak tawanya menjadi igauan kaum adam
begitulah bunga dengan harumannya
cukup memikat menarik perhatian serangga
dan haiwan yang berterbangan

(^___^)

(sory xcukup puitis...xda bakat untuk mencipta sajak..however,this is my 1st trial & i love it)
(images: bunga tulip ) really like bunga tulip!!

:: wassalam ::

Tuesday, 2 August 2011

Our Bad Habits


Singkirkan BAD HABITS sepanjang Ramadhan & Untuk Selamanya.. ^^


* Suka gigit jari / kuku
* Mengumpat / suka sibuk hal orang lain
* Banyak cakap
* Kuat makan
* Merokok
* Suka marah-marah
* Memaki hamun, mencarut perkataan yang x sepatutnya
* Kuat tidur

BAD HABITS sepanjang bulan Ramadhan yang selalu terjadi :-
* berpura-pura (menghidap sakit yang menyebabkan dia x mampu berpuasa contohnya gastrik)
* Menipu (datang bulan walaupun sebenarnya x)
* Terlupa untuk bersahur (alasan x mampu berpuasa)
* duduk rapat-rapat bersama pasangan kekasih (dengan alasan : Alaa~ aku bukannya puasa pun, xpa la kalau macam ni )
* berpura-pura berpuasa ( makan dengan sengaja secara sembunyi) tapi berpura-pura lapar di hadapan orang lain.

****************************


Pernah sekali tu, dalam bulan Ramadhan.. ada sorang kawan saya tengah duduk rapat-rapat dengan pasangan dia sambil bergurau senda sambil berketawa manja & perlakuan mereka diperhatikan oleh sorang kawan saya yang bukan Islam dengan muka yang pelik.Kawan saya yang bukan Islam tadi yang duduk sebelah saya pada masa tu pun bertanya,
"eh... boleh x kalau orang Islam macam tu time bulan posa?"
Saya pun geleng kepala sambil tersenyum. Next day, saya dengar kawan saya yang bukan Islam tadi tanya soalan yang sama pula dengan pasangan tersebut. Dengan selamba dorang pun jawab macam ni...
"alaa..aku bukannya posa pun.."


~end~
*******************************
(bagaimana pula respon anda ?)


Peringatan untuk kita bersama ^_^ termasuklah untuk diri saya sendiri
Mari kita bersama-sama manfaatkan Bulan Ramadhan ini dengan hati yang ikhlas
~terima kasih~

Saturday, 30 July 2011

Ramadhan Datang Lagi~


Perginya Syaaban mengingatkan kini tibanlah Ramadhan yang melengkapkan penantian kita setiap tahun~

Tuesday, 26 July 2011

My True Love

Today is the special day 4 my mum... actually, everyday is the special day for her..

As the clock strikes 12, i sent a message to her phone number to wish her a Happy Birthday...
i woke up early in the morning & sang a happy birthday song for her with my little sister, Anne.. 

u know what?? when i saw a big smile on her face, i knew that i can't live without my family especially my mum... she is everything to me...

'Because You Loved Me' the song which is sang by the famous singer, Celine Dion totally inspired me a lot.. i love the song especially the lyrics ^__^

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right

For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful, baby

You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through
Through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me, ooh, baby

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach

You stood by me and I stood tall
I had your love, I had it all
I'm grateful for each day you gave me

Maybe, I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because
I was loved by you

and how about this song.....

Nothing's Gonna Change My Love For You" is a popular song by Gerry Goffin and Michael Masser.

[jump to the chorus]
hold me now
touch me now
i don't want to live without you
nothing's gonna change my love for you
you ought to know by now
how much i love you 
one thing you can be sure of
i'll never ask for more than your love
the world may change my whole life thru but
nothing's gonna change my love for you

~ special dedicated for her~
i love my mum so much!!
i kissed her before i go to sleep..
because i know there's will be a day which i can't kiss&hug her like i did just now... 

:: wassalam ::

My PoPuLaR POsTs