Welcome to my blog..Feel free to drop ur comments and please don't forget to be my follower..ok ^__^ thank you so much!!

Sunday, 26 June 2011

Kekasih @ Bestfriend ? Yang mana 1 lebih utama??



hoho~  kawan & kekasih masing-masing ada kedudukan untuk diletakkan dalam kamus hidup kita. Kalau xda kawan, sunyinya hidup ni kan & kalau xda kekasih pula, xda la bunga-bunga cinta yang berkembang untuk menjadi penyeri hari-hari yang kita lalui..Kedua-duanya cukup membantu bila kita perlukan pertolongan, tempat untuk mengadu, berkongsi suka & duka... Dan bila kita menghadapi sesuatu perkara yang cukup berat, siapakah orang yang pertama dihubungi antara kekasih atau kawan??

 Berdasarkan survey yang saya buat secara rambang,nampaknya lebih ramai yang vote untuk kongsi dengan kawan berbanding kekasih.. upss~ so, anda setuju dengan survey ne? haha~ selepas menjalankan survey, saya pun keluarkan laa soalan-soalan yang mungkin dipersoalkan oleh seorang kekasih apabila dia diletakkan pada tangga kedua berbanding kawan kepada kekasihnya itu...jom baca~

Kenapa pilih kawan?
* Lebih senang berkongsi masalah dengan santai kerana keakraban sesama kawan.
* Kalau kekasih buat hal,kawan-kawan sentiasa ada.
* Kalau yang masih single memang laa pilih kawan, tapi sebenarnya kekasih pun boleh jadi kawan baik.
* Bukan semua kawan la, tengok juga kawan yang betul-betul kawan. Tidak mustahil kawan pun boleh makan kawan.

Kalau Lover = 2nd place, cuba fikir apa dia rasa??
* kekasih mesti kecik hati sbb dia rasa mcm x dperlukan.
* cemburu sbb msti dia pelik knpa dia bkn yg 1st place..
* ^^ rasa ok ja sbb dia fhm situasi.
* kurang selesa sbb klu ble smuanya kna kongsi ng dia dulu.

Jika Lover = 2nd place , maksudnya dia tidak serius dalam hubungan percintaan??
* NO sebab bercinta ni salah satu cara untuk mencari seseorang yang lebih serasi untuk dijadikan teman hidup.
* NO sebab walaupun dia tempat kedua, cinta masih diperlukan.
* NO sebab yang penting ialah keikhlasan hati.
* NO, asalkan masih boleh bahagikan masa dengan bijak untuk kawan-kawan & kekasih.

Jaminan untuk kukuhkan relationship jika Lover = 2nd place??
* Bukan x sayang tapi yang penting mesti ada persefahaman.
* Terangkan dengan Lover, so next time dia takkan kecik hati lagi.
* Kalau memang SAYANG, no.1 atau 2 tiada masalah asalkan bahagia.
* Sentiasa bersedia & bersabar dalam perhubungan tanpa ambil kira perkara kedudukan siapa yg lebih utama.

( Jawapan semua tu berdasarkan jawapan yang diberikan oleh 4 individu yang berbeza ^^ .Tiada jawapn yang tepat pun hua3 sekadar berkongsi pandangan )

^^ apa-apapun, semua pihak penting dalam hidup ni kan??  Sebaik-baiknya bertindaklah mengikut keadaan.. ada masa tertantu, kita perlu utamakan kawan-kawan juga & kadang-kadang tu, kita perlu utamakan orang yang kita sayang juga..mari kita sama-sama belajar untuk lebih memahami sebab masing-masing pun mahukan perhatian & persefahaman kan..

Sayang kawan & cinta, tapi jangan lupa lebihkan perasaan sayang tu dengan diri sendiri & FAMILY k.. 
ok laa, mengantuk daa ni..see u in the next posts yaa... ^^ baca doa b4 sleep ngeh3
:: wassalam ::

Saturday, 18 June 2011

~Update lagi~


ASSALAMUALAIKUM semua~

huhu time pagi-pagi pekat begini memang masa yang sesuai untuk bloggers melawat blog & sites kawan-kawan (hoho pagi pekat tu maksudnya jam3 pagi camtu) r..sebenarnya nta dah duduk depan lappy dah ne tapi xda idea pla untuk post something, dan saya mula laa melawat blog kawan-kawan & truskan dengan misi tambah follower dari blogger lain pla.. 

haha~ actually saya terlalu lemah dalam bab update blog ne..tapi bila tengok blog orang lain waa~ macam2 idea ada... hmm~ masa online pun sangat2 laa terhad sbb pagi smpai petang sibuk keja.. malam pla of coz laa tidur awal sbb penat spnjang ari duduk dalam office.. tapi hari ni pelik pula hoho~ penat teramat sangat tapi mata masih bulat untuk online & update blog hihi

haa~ tu la mug yang setia menemani bila saya memilih untuk bersarapan d office haha~ comel kan? actually, ramai yang pelik tengok mug tu.. ya laa biasanya orang perempuan ne mesti pilih benda yang comel & cute kan? walaupun ramai yang cakap image yang ada kat mug tu kurang comel berbanding image kartun lain, tapi image tu laa jugak yang saya rindu setiap kali datang awal pagi ke office ngeh3

Lappy?? haha~ adeh.. bukan hak milik kekal tu... my lappy sudah lama berkecai pun.. huhu so, sekarang ne doakan semoga saya berjaya membeli sebiji lappy yang baru lagi k.. amin~~
ne pun sebenarnya tengah berusaha kumpul duit laa ne hihi wish me luck k ^^
haha sowy r saya bukan photographer yang terbaik tapi saja-saja tunjuk post template tu hihi sekadar untuk tonjolkan konon-kononnyaa tengah update blog =P

hihi~ k laa datz ol for diz time..
terima kasih sebab sudi baca entri yang boring ne ^^
...selamat tidur semua...
:: WASSALAM ::

Friday, 17 June 2011

~HAPPY AND SMILE~


Happy??

Being happy isn't that hard but sometimes it can be easy to let those UNHAPPY feelings cloud your head  and make you feel less than perfect. 
We think we have the solution : HAPPY PEOPLE MAKE HAPPY FRIENDS, and as a result we will have a group of HAPPY friends. 
Being the best friend you can be is one of the best way to keep yourself HAPPY. Encourage the people around you is be happy too. 



After all, HAPPINESS is contagious ~!!
 ~~ (^^) a simple post for today ~~

:: wassalam ::

Saturday, 11 June 2011

Pesanan Syeikh Abdul Kadir Al Jailani


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkanlah dalam hatimu, "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia daripadaku."

Jika engkau bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu, "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini lebih baik daripada aku."

Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu, "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku. Tentu dia lebih baik daripadaku."

Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu, "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan ku capai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamal ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku."

Jika bertemu dengan orang yang jahil, maka katakanlah dalam hatimu, "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu akhir umurku dan umurnya kelak. Tentu dia lebih baik daripadaku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu, "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak. Mungkin pada akhir usianya, dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin boleh jadi pada akhir usia, aku akan kufur dan berbuat buruk. Tentu dia lebih baik daripadaku."



(ingatan untuk kita bersama ^^ ingatkan saya bila saya terlupa ~~ terima kasih..)

Manik & Baju Kurung


 Assalamualaikum semua ~


Bila sebut pasal manik dan jahitan, mesti ramai yang terfikir baju kurung juga kan? Ada kadang-kadang tu, bila tengok kat mana-mana butik, mesti jumpa baju dengan corak manik sekali yang siap dijahit dengan macam-macam bentuk dan warna..kalau baju siap dijahit manik, apa lagi, harga pun cukup 'cantik'.

So, macam mana kalau kita sama-sama jimatkan duit dengan menjahit manik pada baju-baju kita sendiri. Semalam bila x dapat tidur, aktiviti menjahit manik pun bermula hua3
 Mula-mula tu, susah juga untuk imagine macam mana mau buat corak yang betul-betul glamer. Memang susah juga jahit manik ni. Mata pun mesti buka sebesar-besar yang boleh apa lagi kalau jahit manik time malam-malam ni hehe

 haa~ yang ni pula sudah dihiasi dengan background manik yang dijahit tabur. Biasanya jahitan macam ni lebih sesuai buat di bahagian leher & bahagian yang perlu di hi-light kn..

 
 akhirnyaaa~ siap juga.. tengok3~ macam ni la corak manik yang berjaya disiapkan ^^ huhu 

Mari kita cuba zoom in plaa..sori laa bahagian bawah tu jahitan kurang jelas sebab bayang-bayang saya sendiri hihi sebenarnya bahagian bawah tu ada manik yang dijahit dan dibentukkan kelopak bunga.
Bahagian pergelangan tangan tu pula, manik yang dijahit secara berpintal.

^^ dan akhirnya berjaya juga pujuk mata ni untuk tidur. Adeh~ Memang penat gak bila menjahit manik ni.

Ketelitian dan semangat untuk siapkan corak tu tersangatlah penting ^^ 
Jahit manik ni sebenarnya senang tapi kena tahu cara jahit juga dan saya pun sebelum ni jahit manik pun pelik-pelik corak yang jadi haha lama-lama tu,selepas join kursus jahitan manik & labuci, tangan ni pun jadi ringan sikit ^o^ alaa rajin sebab mau buat baju tambah glamer jaa

 Selamat mencuba!!! 

:: Wassalam ::



Lepas ni boleh laa ambik upah untuk jahit manik untuk baju orang lain pula (^^) $$$ boleh laa tambah duit raya tahun ni~~

Tuesday, 7 June 2011

ow no!! line buat hal lagi~~

Assalamualaikum semuaa~~ 


~~selamat cuti2 borneo~~
 especially bila musim unduk ngadau (pesta kaamatan) ni laa dapat cuti panjang ckit hihi , walaupun setakat cuti 4-5hari ja , bagi staf gov sebenarnya cuti camni dikira cuti yang cukup panjang sebenarnyaa.. haha
...lain laa kawan-kawan yang masih study kn3..ada juga musim cuti kampus.. ^^

best dapat cuti panjang ne kan#... apa lagi time ramai orang yang buat majlis kahwin hoho =P kita pun dengan riang ria datang n isi perut dengan juadah2 yang cukup berlemak hihi (sodaaap baa..)
bila banyak sangat story utk dikongsi, semangat laa pula untuk update blog n upload pics yang bkaitan hihi


=(   ...tapi malangnyaaa bilaa...
Line broadband sangat2 down n xdapat pla upload semua pics aktiviti time cuti2 ne.. 
...dan perasaanku...
adui~ kecewa yang x terperi hua3..
...sebab...
 xdpt upload pics dlm blog ne...
mcm besa, line buat hal lagi..lama loading dan terus loading...
~~teruskan bersabar ^_^ ~~
....finally... 
semua pics masih belum dapat upload... hoho

stress~~??  ada laa ckit..saya masih bingung la dalam bab-bab update blog ne..hoho... mungkin belum cukup buat revision lagi ne toinkk~ 


misi terkini : mesti aktifkan diri untuk melawat blog senior2 yang laen 
huhu... 

~~dat'z ol 4 diz time.. muaxx ^o^ !!~~

::Wassalam::

Friday, 3 June 2011

Sabar dan Terus bersabar ^^

Assalamualaikum semua ~~
Topik hari ni ialah :
Sabar dan Pecahannya (,")
(artikel ari ni dipetik dari majalah Solusi Isu No.31)

haa~~ ni laa majalah solusi tu;;

k jom baca artikel tu...scroll down.. ~

SABAR DAN PECAHANNYA

Orang yang bersabar itu adalah orang-orang yang beriman ^^


dan sememangnya sifat sabar ini sangat dituntut dalam agama untuk kita lebih tabah apabila  berhadapan dengan pelbagai ujian hidup. Kita ni hanyalah manusia biasa yang sentiasa diuji dengan bermacam-macam jenis ujian dan dugaan.

Pecahan Sabar Yang Harus Dimiliki Oleh Umat Islam ^^
# sabar (menahan) daripada kehendak syahwat, perut dan kemaluan. Sabar ini disebut iffah.
# Sabar dallam menghadapi musibah, lazimnya disebut sabar.
# sabar dalam keadaan kehidupannya yang serba cukup dan mampu. Sabar ini disebut mengawal nafsu.
# Sabar dalam peperangan dan pertempuran. Sabar ini disebut shaja'ah (berani).
# Sabar dalam mengekang marah. Sabar ini disebut al-hilm (lemah lembut).
# Sabar menyimpan rahsia. Sabar itu disebut katm.
# sabar memiliki kelebihan dan kemewahan. Sabar ini disebut zuhud.

Antara 7 Kategori tersebut, yang manakah tahap kesabaran kita ??

Sekadar berkongsi untuk pengetahuan dan kebaikan kita bersama

~~tanxxxx sebab sudi baca,, ^o^ Wassalam~~

My PoPuLaR POsTs