Welcome to my blog..Feel free to drop ur comments and please don't forget to be my follower..ok ^__^ thank you so much!!

Friday, 7 June 2013

Sentiasalah Menjadi Manusia Penawar



Nasihat Guru (MANUSIA PENAWAR)

7 Tahun Yang Lalu,
Pelajar : Cikgu, saya cemburu tengok orang hidup gembira. Kenapa saya selalu rasa ada sesuatu yang kurang dalam hidup saya ne??
Cikgu :  Senang saja. Kalau mahu hidup gembira, sentiasalah menjadi manusia penawar...^_^
Pelajar : Hihi..alaa..saya ni garang la cikgu..orang yang garang tu boleh jadi manusia penawar juga??
Cikgu : Jangan risaulah, orang garang pun boleh jadi manusia penawar juga tau..Sebab, ubat yang kita makan pun memang pahit rasanya kan..biasanya ubat yang rasanya manis tu hanya untuk mereka yang susah makan ubat saja ^_^

terima kasih cikgu =)

*************************************************************************

Saya sentiasa mencuba untuk jadi manusia penawar..untuk siapa pun..susahnya jadi penawar ni..kadang-kadang, bila kita berusaha, waktu tu jugalah macam-macam serangan yang datang.. Semoga hati saya akan terus kuat dan tabah untuk menjadi manusia penawar.. 

Sunday, 20 January 2013

Jatuh Cinta Untuk Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum..


Hari ni saya ingin coretkan tentang sesuatu yang indah.. Dinamakan jatuh cinta.. Bila sebut tentang jatuh cinta ni, masing-masing ada kisah tersendiri kan. Ada yang happy, ada yang sedih, semua perasaan pun ada. Semua tu bergantung dengan perjalanan hidup masing-masing. Kalau disebut semuanya, memang terlalu banyak dan boleh dijadikan kisah-kisah novel cinta.. hihi

Untuk kesekian kalinya, saya jatuh cinta lagi. Waaa~ Tapi kali ni, cinta itu agak berbeza. Sebab kali ni saya telah terjatuh cinta dengan sebuah persahabatan yang saya sendiri tidak pernah terfikir akan utuh sehingga hari ini. Seolah-olah ini pertama kali saya memiliki kawan yang sentiasa bersama saya susah dan senang dan kawan yang berdiri bersama-sama saya walau apa pun saya dan yang paling penting, dia tidak pernah cakap buruk pasal saya dengan orang lain. Itu sangat-sangat penting.

 Dan, sehingga hari ini, saya masih bersama dengan kawan saya tu. Walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri, kami masih berhubung dan bersahabat. Ada masa tu, kami terlepas berhubung juga. Kadang-kadang sampai juga sebulan. Tapi semua tu tidak akan memutuskan persahabatan kami. Biasalah, bila umur semakin meningkat, komitmen pun bertambah, jadi kena pandai bahagi masa sebaik-baiknya. Demi Tuhan, saya sayang dia macam family saya sendiri. Setakat ni, saya memang ada ramai kawan yang baik. Memang ramai. Tapi, dalam semua tu, dia seorang ni juga yang paling rapat dan paling memahami.

Satu perkara yang saya belajar daripada dia ni ialah apa pun yang kita buat, utamakan family dahulu..Apa pun sama ada perkara remeh atau besar, kena bincang dengan family dahulu hihi.. percaya atau tidak, kawan saya ni sangat mementingkan family ok, sampaikan beli handphone pun dia minta izin dengan parents dulu.. so sweet!!

 Akhir kata, saya sangat mengkagumi cara dia mengutamakan family. Saya mencontohi dia untuk setiap perkara yang baik. Setakat ni, saya tidak pernah nampak sesuatu yang buruk tentang dia sebab dia kawan saya. So, saya tidak pernah judge dia. Apa-apa pun pandangan orang tentang dia, baik dan buruk, biasalah manusia biasa. Tiada manusia yang sempurna ^__^ so, hargailah kawan-kawan anda selagi kita masih bernafas dan mampu untuk menghargai mereka..

Sekian saja untuk hari ini... Wassalam.. ^__^

Thursday, 17 January 2013

Hanya Mengisi Ruang-Ruang Kosong

Assalamualaikum semua.
Topik untuk hari ini agak sedih sedikit. Sudah menjadi lumrah di dunia, bermacam kisah dan ragam yang dilalui, semuanya bercampur antara sedih dan gembira. Tidak semestinya apabila kita sedang bergembira, kita terlupa perkara sedih yang mungkin sedang disembunyikan di dalam hati. Begitulah juga sebaliknya.
Memang cukup mengecewakan apabila apa perkara yang kita lakukan demi orang lain tidak dihargai sebaik-baiknya. Cukup sedih. Susah untuk saya terangkan tapi rasa sakitnya hanya Tuhan sahaja yang lebih tahu.


Naluri ini bukannya mahu supaya budi dan pengorbanan itu dibalas tetapi sekurang-kurangnya hargai dan ucaplah sesuatu yang manis sebagai tanda penghargaan. Walaupun pengorbanan itu dinilai terlalu sedikit, tapi tidakkah mereka sedar bahawa pengorbanan kecil itu tetap memberi perbezaan yang ketara dalam semua hal. Siapalah kami yang terlalu kecil dalam sebuah ruang yang ramai itu? Adakah hanya untuk mengisi ruang-ruang kosong, atau sebagai alat yang  akan digunakan apabila diperlukan? Fahamilah hati orang yang kecil ini. Kadangkala, kami mencuba dan sentiasa berusaha melebihi kemampuan sekalipun masih tidak dipandang. Hargailah sekecil apa pun kami. Andai kami hilang, ketiadaan kami masih dicari dan apabila kami masih ada, kewujudan kami masih disyukuri. Dengan kesilapan dan kekurangan yang kami miliki, bantulah kami untuk diperbaikinya. Kalau kekurangan itu tidak mampu diubah, maafkanlah dan bantulah kami untuk mengatasi kekurangan itu. Kami hanyalah insan biasa yang hanya mengisi ruang-ruang kosong itu sahaja. Andai satu hari kelak, orang kecil ini mula mendiamkan diri, mudah-mudahan kekurangan di masa lalu itu tetap dimaafkan dan bantulah orang kecil itu supaya dihargai walaupun hingga ke saat-saat dia sudah tiada.

Tuesday, 15 January 2013

Ada Apa Dengan Azam Baru?

~Assalamualaikum semua~

Alhamdulillah sekarang kita sudah tiba ke tahun 2013. Rasanya macam terlalu cepat masa berlalu. Seolah-olah apa yang pernah terjadi dalam hidup kita sepanjang tahun-tahun lepas tu baru terjadi beberapa hari yang lepas. Apa-apa pun, kita sepatutnya rasa bersyukur sebab sampai hari ini kita masih mampu bernafas dan hidup seperti tahun sebelum ni. Tidak lupa juga kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita, mari kita ambil masa beberapa minit untuk mendoakan mereka. Al Fatihah. Mudah-mudahan roh mereka sentiasa dalam berkat dan rahmat Illahi.

Apabila sebut tentang tahun baru ni, rasanya ramai di antara kita yang menganggap tarikh ini cukup penting terutamanya bagi mereka yang mahu menjadikan tarikh tersebut sebagai satu tarikh untuk membuat satu perubahan nyata dalam kehidupan. Sama ada untuk ke arah lebih baik atau sebaliknya. Sememangnya kita akan memilih untuk jadi lebih baik, tapi kadang-kadang kita terlupa tujuan untuk berubah sampaikan kita tersilap langkah dan akhirnya berubah ke arah yang salah. Perancangan untuk berubah ke arah yang baru inilah yang dinamakan azam baru.
Kenapa lebih ramai yang berazam baru pada awal tahun? Kenapa tidak berazam baru pada hari-hari yang biasa? Ini ialah kerana tarikh itu lebih mudah diingati dan ramai yang menggangap 1hb Januari itu adalah permulaan sesi yang baru bagi tahun yang baru. Lagipun kita sedar bahawa pada setiap tahun yang berlalu, kita akan lebih tua daripada tahun sebelumnya. Jadi kesedaran untuk berubah itu lebih kuat berbanding hari-hari yang lain. Kalau difikir semula, sebenarnya kita boleh berazam baru untuk setiap hari dan minggu sebab perubahan kita ini bukanlah disebabkan peningkatan umur semata-mata, tapi dari cara kita berfikir dan membuat keputusan atau tindakan apabila berdepan dengan permasalahan hidup yang semakin hari semakin mencabar.

Kenapa kita gagal untuk berazam baru?
* tidak bersungguh-sungguh untuk berubah.
* tidak berusaha mencari jalan untuk berubah.
* menjadikan masalah yang timbul sebagai halangan untuk berubah.
* persekitaran dan cara hidup yang sama seperti sebelumnya.
* tidak tahu matlamat untuk berubah

Apa pun pilihan kita sama ada susah atau senang, semuanya dari diri kita sendiri untuk berubah. Ada kalanya, kita akan berputus asa untuk berubah sebab kita tahu kita lemah,jadi jangan berhenti separuh jalan. Jika  perubahan itu ternyata memakan diri dan lebih memburukkan keadaan, ada lebih baik kita tetapkan azam yang lebih sesuai dengan kemampuan yang ada. Tidak tahan dengan kritikan orang? Itu normal, yang penting kita tahu apa yang kita buat. Kalau kritikan itu membantu, kenapa kita perlu mengelak?Ambillah sebanyak mana pun kritikan yang penting tidak menyusutkan fikiran. Hati-hati. Yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang.

Memang susah untuk jadi baik, jadi jangan persoalkan kenapa Syurga itu terlalu indah tetapi sukar untuk diraih. Seperti emas, yang tulen juga yang mahal walaupun ringan sedangkan emas yang palsu lebih berat tapi sayangnya tidak laku untuk digadai...

~Sekian untuk hari ini
~
:
:
W
a
s
s
a
l
a
m
:
:
:

My PoPuLaR POsTs