Welcome to my blog..Feel free to drop ur comments and please don't forget to be my follower..ok ^__^ thank you so much!!

Thursday, 17 January 2013

Hanya Mengisi Ruang-Ruang Kosong

Assalamualaikum semua.
Topik untuk hari ini agak sedih sedikit. Sudah menjadi lumrah di dunia, bermacam kisah dan ragam yang dilalui, semuanya bercampur antara sedih dan gembira. Tidak semestinya apabila kita sedang bergembira, kita terlupa perkara sedih yang mungkin sedang disembunyikan di dalam hati. Begitulah juga sebaliknya.
Memang cukup mengecewakan apabila apa perkara yang kita lakukan demi orang lain tidak dihargai sebaik-baiknya. Cukup sedih. Susah untuk saya terangkan tapi rasa sakitnya hanya Tuhan sahaja yang lebih tahu.


Naluri ini bukannya mahu supaya budi dan pengorbanan itu dibalas tetapi sekurang-kurangnya hargai dan ucaplah sesuatu yang manis sebagai tanda penghargaan. Walaupun pengorbanan itu dinilai terlalu sedikit, tapi tidakkah mereka sedar bahawa pengorbanan kecil itu tetap memberi perbezaan yang ketara dalam semua hal. Siapalah kami yang terlalu kecil dalam sebuah ruang yang ramai itu? Adakah hanya untuk mengisi ruang-ruang kosong, atau sebagai alat yang  akan digunakan apabila diperlukan? Fahamilah hati orang yang kecil ini. Kadangkala, kami mencuba dan sentiasa berusaha melebihi kemampuan sekalipun masih tidak dipandang. Hargailah sekecil apa pun kami. Andai kami hilang, ketiadaan kami masih dicari dan apabila kami masih ada, kewujudan kami masih disyukuri. Dengan kesilapan dan kekurangan yang kami miliki, bantulah kami untuk diperbaikinya. Kalau kekurangan itu tidak mampu diubah, maafkanlah dan bantulah kami untuk mengatasi kekurangan itu. Kami hanyalah insan biasa yang hanya mengisi ruang-ruang kosong itu sahaja. Andai satu hari kelak, orang kecil ini mula mendiamkan diri, mudah-mudahan kekurangan di masa lalu itu tetap dimaafkan dan bantulah orang kecil itu supaya dihargai walaupun hingga ke saat-saat dia sudah tiada.

No comments:

My PoPuLaR POsTs