Assalamualaikum..
Hari ni saya ingin coretkan tentang sesuatu yang indah.. Dinamakan jatuh cinta.. Bila sebut tentang jatuh cinta ni, masing-masing ada kisah tersendiri kan. Ada yang happy, ada yang sedih, semua perasaan pun ada. Semua tu bergantung dengan perjalanan hidup masing-masing. Kalau disebut semuanya, memang terlalu banyak dan boleh dijadikan kisah-kisah novel cinta.. hihi
Untuk kesekian kalinya, saya jatuh cinta lagi. Waaa~ Tapi kali ni, cinta itu agak berbeza. Sebab kali ni saya telah terjatuh cinta dengan sebuah persahabatan yang saya sendiri tidak pernah terfikir akan utuh sehingga hari ini. Seolah-olah ini pertama kali saya memiliki kawan yang sentiasa bersama saya susah dan senang dan kawan yang berdiri bersama-sama saya walau apa pun saya dan yang paling penting, dia tidak pernah cakap buruk pasal saya dengan orang lain. Itu sangat-sangat penting.
Dan, sehingga hari ini, saya masih bersama dengan kawan saya tu. Walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri, kami masih berhubung dan bersahabat. Ada masa tu, kami terlepas berhubung juga. Kadang-kadang sampai juga sebulan. Tapi semua tu tidak akan memutuskan persahabatan kami. Biasalah, bila umur semakin meningkat, komitmen pun bertambah, jadi kena pandai bahagi masa sebaik-baiknya.
Demi Tuhan, saya sayang dia macam family saya sendiri. Setakat ni, saya memang ada ramai kawan yang baik. Memang ramai. Tapi, dalam semua tu, dia seorang ni juga yang paling rapat dan paling memahami.
Satu perkara yang saya belajar daripada dia ni ialah apa pun yang kita buat, utamakan family dahulu..Apa pun sama ada perkara remeh atau besar, kena bincang dengan family dahulu hihi.. percaya atau tidak, kawan saya ni sangat mementingkan family ok, sampaikan beli handphone pun dia minta izin dengan parents dulu.. so sweet!!
Akhir kata, saya sangat mengkagumi cara dia mengutamakan family. Saya mencontohi dia untuk setiap perkara yang baik. Setakat ni, saya tidak pernah nampak sesuatu yang buruk tentang dia sebab dia kawan saya. So, saya tidak pernah judge dia. Apa-apa pun pandangan orang tentang dia, baik dan buruk, biasalah manusia biasa. Tiada manusia yang sempurna ^__^ so, hargailah kawan-kawan anda selagi kita masih bernafas dan mampu untuk menghargai mereka..
Sekian saja untuk hari ini...
Wassalam.. ^__^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My PoPuLaR POsTs
-
Jatuh cinta bukan sesuatu yang boleh dirancang atau dihalang. Inilah soal hati. Persoalan hati merupakan satu perkara yang tidak mampu diz...
-
Pemandangan yang bercahaya di persekitaran Masjidil Haram & Kaabah .. .... (pada waktu malam) (pada waktu siang) (pandang...
-
Assalamualaikum semua ~ Bila sebut pasal manik dan jahitan, mesti ramai yang terfikir baju kurung juga kan? Ada kadang-kadang tu, bila t...
-
Berkasih sayang itu fitrah manusia yang dikurniakan perasaan dan naluri. Bahagianya jika perasaan itu dikukuhkan dengan sebuah ikatan perka...
-
..Anugerah Illahi.. Air mata sering dikaitkan dengan perempuan dan ada pendapat mengatakan bahawa air mata itu adalah keistimewaan bagi ...
-
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkanlah dalam hatimu, " Mungkin kedudukanny...
2 comments:
Buona Pasqua...un abbraccio.
Un felice week end...ciao
Post a Comment